Friday, February 11, 2011

plezz la sambut hari 'KEKASIH kita'...




Assalamualaikum

plezz la sambut hari 'KEKASIH kita'..tp bukan ke hari kekasih haram dalam islam??..
jangan salah anggap ye..yang ana suh sambut nie bukan valentine's day tapi yang dikasihi hari kelahiran Nabi Muhammad  s.a.w ...






Zaman la sekarang ni ramai sangat yang menunggu hari besar seperti new year,merdeka, valentine's day dan macam-macam lagi la..nak-nak kan hari raya bg org melayu,tp adakah kita pernah menunggu hari-hari yang mengingatkan kita tentang islam,lebih-lebih lagi MAULIDUR RASUL ataupun kita buat xtau je bila sampai tarikh 12 Rabiulawal ni..

soalan dan jawapan yang sering didengari :

Muslim 1 : Ape yang ade ngan tarikh nie cuba jawab??..
Muslim 2 : alahh hari kelahiran Nabi Muhammad je kan..tp ok la dapat gak aku cuti..hehe
Muslim 1 : Ape yang ade ngan tarikh nie cuba jawab ??..
Muslim 3 : haa...ade ape ngan tarikh tu..ntah xtau aku..

MasyaALLAH..sedih bila kite fikir-fikirkan balik,ade muslim yang sampai xtau ape kelebihan yang ade pada tarikh 12 RabiulAwal..jahilnya kitakan sampai tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W iaitu insan yang membawa cahaya islam ke dalam diri kite pn sampai kite xtau hari kelahirannya..tp klu birthday pancaran kite sentiasa ade dalam ingatan pulak tu..astaghfirullahal azim

pernah ke kita mendalami SIRAH kehidupan baginda s.a.w tentang kasihnya Nabi terhadap kita,sehingga semasa nabi hampir wafat pun Nabi sering meyebut name kite Umati,Umati,Umati...tapi adekah kita sering membasahkan bibir kita dengan selawat ke atas baginda???...adekah kita mengingati baginda seperti mane baginda mengingati kita???..adekah kita mengikuti SUNNAH baginda seperti mane yang diajari baginda kepada kita????...

layak ke kita ni peroleh SYAFAAT baginda di PADANG MASYAR kelak???...
layak ke kita nak bersama-sama baginda dalam SYURGA yang penuh dengan segala NIKMAT di akhirat kelak???.. sama-sama kita muhasabah diri sejauh mana kita pahatkan nama Nabi Muhammad  s.a.w dalam hati dan cara hidup kita.

so kalau inginkan syafaat,bersama nabi dalam syurga ni la masanya:





Siapa IDOLA kita sekarang???..

Cristiano Ronaldo?..Tylor Swift?..Barack Obama?..
xkire la sape pun idola kita sekarang CHANGE lah kepada Nabi Muhammad  s.a.w..kerana baginda lah yang insan yang paling layak untuk diangkat menjadi idola.

Cara hidup siapa yang kita ikut sekarang??...

artis-artis?..pemain-pemain bola?..
xkire la cara hidup sape yang kire ngah amalkan sekarang CHANGE lah kepada cara hidup Nabi Muhammad s.a.w..kerana cara hidup baginda paling sempurna untuk dikuti..

Siapa KEKASIH kita sekarang???..

boyfren ku???..gurlfren ku??..
xkire la sape pun kekasih kita sekarang  CHANGE lah kepada Nabi Muhammad  s.a.w..kerana baginda insan yang layak disanjung menjadi kekasih kita.






'....Sentiasa basahkan bibirmu dengan Selawat keatas baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana Allah dan para-para malaikat sentiasa berSelawat keatas baginda S.A.W...'

mudah-mudahan kita sama-sama memperoleh Syafaat baginda diakhirat kelak bersama..

asif jiddan atas kekurangan...tulisan untuk perbaiki diri sendiri yang sering lalai dengan kesenangan dunia..

Selamat Meyambut Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1432...